Cari:
Malaysia Setuju Tubuh ASEAN SME Bank
2015-11-23 15:28:09 CRI Cetak

Malaysia menyambut baik cadangan penubuhan ASEAN SME Bank, iaitu sebuah bank khusus untuk syarikat-syarikat mikro serta kecil di peringkat serantau bagi membolehkan syarikat-syarikat tersebut mengembangkan perniagaan.

Menteri Kewangan II Malaysia, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, melalui penubuhan bank tersebut nanti, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara serantau dapat memperoleh banyak manfaat dan akses bantuan segera.

Beliau berharap agar cadangan penubuhan bank khusus itu mendapat persetujuan negara-negara ASEAN yang lain kerana ASEAN memerlukan integrasi sepenuhnya, terutama membabitkan kewangan dan perbankan.

Tambah beliau lagi, penubuhan bank khusus itu juga akan memberikan kesan positif termasuk menaikkan jumlah golongan pertengahan, selain mewujudkan lebih banyak penglibatan syarikat-syarikat mikro dan kecil dalam ekonomi dan perdagangan serantau dalam pasaran yang lebih luas.

(sumber Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China