Cari:
PM China Bincang Isu Ekonomi dengan Wakil Malaysia
2015-11-23 17:44:12 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menyuarakan harapan beliau agar sektor perindustrian dan perniagaan Malaysia dapat menjadikan protokol berhubung dengan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) yang baru dimeterai sebagai peluang keemasan untuk memacu pembangunan hubungan dua hala dari segi politik, ekonomi dan budaya.

Semasa berinteraksi dengan wakil daripada sektor berkenaan di Kuala Lumpur pagi tadi, Perdana Menteri China ini berkata, kedua-dua negara diharap dapat menyediakan peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui kerjasama yang lebih luas.

Li berjanji, China akan bertindak memantapkan pasaran kewangan, sekali gus menjamin kelicinan aktiviti pelaburan dua hala.

Dalam pada itu, wakil-wakil Malaysia turut menyatakan bahawa mereka gembira melihat pertumbuhan ekonomi China dan mahu terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China