Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak menyambut kedatangan rakan sejawatnya dari China, Li Keqiang di Dataran Perdana di Kuala Lumpur, Malaysia hari ini.
PM Li, yang melakukan lawatan sulungnya ke negara Asia Tenggara itu, diiringi isteri Cheng Hong, kemudian memeriksa perbarisan kehormatan terdiri daripada 106 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sebelum memulakan mesyuarat dua hala dengan Najib.