Perdana Menteri China, Li Keqiang menyifatkan "saling menghormati, memperlakukan satu sama lain secara sama rata, saling mempercayai" sebagai asas kukuh dan khazanah berharga dalam membangunkan hubungan China-Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika berjumpa dengan media selepas berakhirnya pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra tadi.
Li menunjukkan hasrat China untuk mengambil bahagian dalam projek infrastruktur, antaranya pembinaan landasan kereta api di selatan Malaysia dan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Malaysia-Singapura. Beliau berharap agar pelaburan antara perusahaan kedua-dua negara dapat dipertingkat, kerjasama dalam perdagangan, kewangan, pendidikan, pertahanan dan bidang-bidang lain dapat diperkasakan, serta persahabatan di kalangan rakyat kedua-dua negara dapat diperkukuh.
Dalam pada itu, Najib meluahkan rasa puas hati terhadap status hubungan Malaysia-China yang kini menyaksikan kemajuan besar dan membuahkan hasil kerjasama yang saling menguntungkan.