Cari:
Visa Pelancong China ke Malaysia Dikecualikan
2015-11-27 14:22:47 CRI Cetak

Malaysia memberikan pengecualian visa kepada pelancong dari China ke negara ini dengan syarat melancong secara berkumpulan dengan minimum dua orang.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam berkata, keputusan penting yang akan berkuat kuasa mulai 1 Disember ini diharap dapat melonjakkan lagi jumlah kehadiran pelancong China ke Malaysia.

Walau bagaimanapun, kata beliau, pelbagai syarat dikenakan sebelum pengecualian visa boleh diberikan kerana kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu keselamatan, walaupun menyedari kehadi­ran pelancong China adalah penting.

Antara syarat-syarat tersebut termasuklah, mereka perlu datang secara berkumpulan dengan minimum dua orang, menggunakan agensi pelancongan yang berdaftar dengan kementerian dan dihadkan selama 15 hari sahaja untuk setiap kemasukan.

Kemasukan pelancong China ke Malaysia juga mesti melalui lapangan terbang antarabangsa sahaja, dilarang memohon visa kemasukan lain dan mesti menggunakan penerbangan terus dari China sahaja.

Kompaun RM1,500 dikenakan kepada agensi pelancongan bagi kehilangan setiap pelancong. Setiap pelancong juga perlu mengemukakan jaminan sara diri dalam bentuk wang tunai atau kad kredit dan mesti mengemukakan jadual perjalanan lengkap dengan bukti penginapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China