Cari:
Tentera Udara Filipina Kembali dalam Era Super Sonik
2015-11-29 14:58:18 CRI Cetak

Filipina semalam menerima dua daripada 12 jet pejuang yang ditempah dari Korea Selatan bagi menguatkan pertahanan udara negara itu.

Pembelian jet pejuang FA-50 dari Korea Selatan yang dilakukan mengikut perjanjian Jabatan Pertahanan Filipina dengan Korean Aerospace Inc. (KAI) itu membabitkan belanja sebanyak 18.9 bilion peso (MYR 1.71 bilion).

Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire Gazmin ketika menyaksikan majlis pemindahan pesawat dari KAI kepada Angkatan Tentera Udara Filipina berkata, pihaknya berbangga kerana kembali semula dalam era super sonik.

Seoul komited untuk menyerahkan 10 lagi jet pejuang kepada Manila sehingga tahun 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China