Cari:
Kapal Baharu Sertai Pencarian MH370
2015-11-30 10:16:08 CRI Cetak

Sebuah lagi kapal Fugro, Havilla Harmony yang dilengkapi dengan kenderaan dasar laut (AUV) Echo Surveyor VII dijangka menyertai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di Lautan Hindi, pada Mac tahun lalu.

Menurut portal berita Marine Technology, Havilla Harmony mempunyai keupayaan tinggi untuk operasi pencarian di laut selain stabil dalam apa-apa jua keadaan cuaca.

Sebelum ini, Echo Surveyor pernah digunakan pada awal tahun untuk misi pencarian, namun apabila keadaan laut semakin merosot, penggunaan AUV telah ditarik balik.

Kali ini, AUV akan digunakan kembali untuk mengimbas bahagian paling sukar dalam kawasan pencarian yang sangat dalam. Kapal tersebut mempunyai resolusi yang sangat tinggi dan mampu beroperasi sehingga 4,500 meter kedalaman air selain dilengkapi dengan peralatan sonar serta kamera dalam air.

Selepas uji kaji di luar pantai Fremantle, Havilla Harmony bersama-sama dengan 40 orang kru akan ke kawasan carian pada 3 Disember ini.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China