Cari:
Filipina Kembali ke Zaman Supersonik
2015-11-30 10:53:42 CRI Cetak

Filipina menerima pesawat pejuang FA-50 buatan Korea Selatan kelmarin.

Ini merupakan kali pertama Filipina membeli pesawat pejuang yang berupaya bergerak dengan kelajuan yang lebih pantas daripada kelajuan bunyi dalam tempoh 10 tahun lalu.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan negara itu, Voltaire Gazmin mengumumkan pihaknya telah "kembali ke zaman supersonik".

Filipina membeli 12 buah pesawat pejuang FA-50 buatan Korea Selatan dengan harga PHP 18.9 bilion (kira-kira RM1.7 bilion) pada tahun 2014.

Dua buah pesawat telah dihantar ke Filipina, manakala 10 buah lagi akan dihantar secara beransur-ansur sehingga tahun 2017.

Pasukan tentera udara Filipina terus membuat pembelian dengan pihak luar berikutan sejumlah besar pesawat pejuang F-5 telah tamat tempoh perkhidmatan pada tahun 2005.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China