Cari:
Ulang Tahun ke-45 Penubuhan Dewan Perniagaan China Singapura
2015-11-30 12:35:29 CRI Cetak

Jamuan malam bersempena dengan ulang tahun ke-45 tertubuhnya Dewan Perniagaan China Singapura dan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik Singapura-China diadakan di Singapura pada 27 November lalu.

Duta Besar China ke Singapura, Chen Xiaodong ketika berucap pada majlis jamuan itu memuji sumbangan Dewan Perniagaan China Singapura yang menggalakkan hubungan China-Singapura selama 45 tahun lalu.

Menurut beliau, perdagangan China-Singapura terus meningkat walaupun berdepan dengan kemerosotan ekonomi global. Kedua-dua negara merupakan rakan dagang penting antara satu sama lain.

Beliau berkata, Singapura antara pusat penjelasan RMB pesisir laut yang terbesar di dunia. Semua faktor ini menunjukkan bahawa kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Singapura mempunyai prospek yang cerah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China