China akan terus mengamalkan dasar bersahabat dengan Myanmar dan dasar tersebut tidak akan berubah.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying ketika mengulas hubungan China-Myanmar selepas keputusan pengiraan undi pilihan raya Myanmar diumumkan.
Hua berkata, China mengucapkan tahniah kepada Liga Demokrasi Kebangsan (NLD) Myanmar yang memenangi majoriti kerusi di Parlimen dalam pilihan raya umum.
China berharap Myanmar merealisasikan kestabilan politik, ketenteraman masyarakat, pembangunan ekonomi dan pelbagai parti bergabung tenaga demi pembangunan negara.
China akan terus memperkukuh persahabatan dengan Myanmar, mempergiat kerjasama saling menguntungkan dan memberikan galakan kepada Myanmar untuk membangunkan negara dan menambah baik kesejahteraan rakyat.