Cari:
Seminar Keselamatan Angkasa Lepas ARF di Beijing
2015-12-01 11:38:52 CRI Cetak

Seminar Keselamatan Angkasa Lepas ke-3 Forum Serantau ASEAN(ARF) yang dianjurkan bersama oleh China, Laos, Rusia dan Amerika Syarikat(AS) dirasmikan di Beijing semalam.

Ini merupakan kali pertama China bersama-sama dengan wakil Rusia, AS dan ASEAN menganjurkan rundingan keselamatan angkasa lepas dalam rangka ARF.

Naib Menteri Luar China, Li Baodong, membentangkan pendirian dan pandangan China tentang keselamatan angkasa lepas dalam ucapan perasmian.

Li berkata, penggunaan angkasa lepas dan perkembangan teknologi berkenaan yang pesat menggalakkan pembangunan sosial dan ekonomi, serta peningkatan taraf hidup rakyat di pelbagai negara. Pelbagai negara perlu menghargai ruang angkasa lepas dan memanfaatkannya supaya menjadi platform kerjasama masyarakat antarabangsa yang saling menguntungkan, dan bukanlah tempat untuk bersaing.  

Lebih 100 wakil dari 20 negara, pertubuhan antarabangsa termasuk ASEAN, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, India, Pakistan, Kesatuan Eropah menyertai seminar itu.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China