Cari:
Pertemuan Pertama Selepas Pilihan Raya Myanmar
2015-12-01 12:56:39 CRI Cetak

Pegawai kanan kerajaan Myanmar, U Zaw Htay semalam mendedahkan bahawa pemimpin Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) Myanmar, Aung San Suu Kyi, Presiden Myanmar U Thein Sein dan Panglima tentera Myanmar, Je­neral Min Aung Hlaing akan mengadakan pertemuan pertama selepas pilihan raya. Pertemuan tersebut akan diadakan secara tertutup.

Menurut akhbar The Wall Street Journal, mereka akan berbincang tentang peralihan kuasa pentadbiran. Perlembagaan Myanmar mungkin antara agenda utama rundingan itu. Menurut perlembagaan Myanmar, Aung San Suu Kyi tidak layak memegang jawatan Presiden negara itu berikutan anak lelakinya bukan warganegara Myanmar.

Namun, akhbar Myanmar Times melaporkan bahawa NLD menafikan rundingan itu melibatkan penggubalan fasal perlembagaan yang melarang Aung San Suu Kyi menjadi Presiden. Sebaliknya, rundingan tersebut akan membincangkan rangka susunan kerajaan baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China