Menurut keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Filipina semalam, Senator Grace Poe tidak layak untuk dicalonkan sebagai presiden kerana tempoh bermastautin di Filipina tidak cukupi 10 tahun.
Pada hari yang sama, Grace Poe mengemukakan rayuan dan berharap agar suruhanjaya pilihan raya dapat membuat keputusan yang menyebelahinya. Grace Poe juga menuduh pihak saingannya sedang berusaha menyingkirkan beliau daripada pilihan raya 2016.
Grace Poe, 47 merupakan anak perempuan angkat aktor terkenal Fernando Poe, Jr. Beliau berjaya menjadi Senator pada tahun 2013 dengan undian yang tinggi dan menjadi bintang politik Filipina.