Cari:
QZ8501: Kegagalan Juruterbang Punca Nahas
2015-12-02 10:56:54 CRI Cetak

Nahas pesawat AirAsia QZ8501 Indonesia pada hujung tahun lalu diakibatkan oleh kegagalan kelengkapan dan ketidakmampuan juruterbang untuk mengawal jet Airbus A320 itu daripada terhempas di Laut Jawa.

Dalam laporan akhir nahas itu yang dikeluarkan semalam, Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia, Soejanto Tjahjono menjelaskan, faktor utama kejadian adalah ke­gagalan pada sistem yang mengawal pergerakan kemudi pesawat.

Pesawat malang itu terhempas ketika cuaca buruk pada 28 Di­sember tahun lalu semasa dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura, sekali gus mengorbankan semua 162 penumpangnya.

Sebanyak 56 mangsa masih lagi gagal dikesan sehingga hari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China