Cari:
Malaysia Teroka Pasaran di Utara China
2015-12-03 15:27:02 CRI Cetak

Pameran Perdagangan, kebudayaan dan pelancongan Malaysia 2015 diadakan di bandar Changchun, provinsi Jilin China semalam. Ini kali pertama syarikat Malaysia mengadakan pameran di kawasan utara China untuk meneroka pasaran.

Produk makanan dan penjagaan kesihatan, keperluan seharian, barang kemas, kosmetik dalam pameran itu menarik ramai penduduk tempatan.    

Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Dzulkifli Mahmud menyatakan, kerjasama Malaysia-China kini bertumpu di bandar-bandar besar seperti Beijing, Guangzhou, dan Shanghai. Malaysia sedang berusaha meneroka pasaran ke bandar lain seperti bandar di provinsi Jilin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China