Cari:
Australia Kesan Lokasi Penting Pencarian MH370 di Lautan Hindi
2015-12-04 10:55:33 CRI Cetak

Kerajaan Australia semalam mengumumkan, pasukan pencari kini semakin hampir dengan kawasan yang berpotensi tinggi sebagai kedudukan terakhir pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada Mac tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri negara itu, Warren Truss berkata, analisis terkini menunjukkan kawasan seluas 44,000 kilometer persegi di Lautan Hindi akan diberi tumpuan yang lebih selepas dikenal pasti sebagai lokasi penting pencarian.

Kawasan ini terletak di hujung selatan zon pencarian seluas 120,000 kilometer persegi yang ditetapkan sebelum ini.

Tiga buah kapal kini berada kira-kira 1,200 kilometer ke barat Perth bagi mencari petunjuk MH370 menggunakan sonar laut dalam, manakala kapal keempat yang disediakan oleh China akan menyertai misi pencarian bulan depan.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac tahun lalu semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

---Utusan Malaysia

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China