Cari:
Enjin MH370 'Mati' Sebelum Hilang
2015-12-05 17:01:07 CRI Cetak

Pasukan penyiasat Australia percaya kedua-dua enjin pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang terhempas di Lautan Hindi pada tahun lalu, 'mati' sebelum terjunam ke dalam laut, sekali gus menafikan teori pesawat itu di-sabotaj atau dirampas.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dalam laporan terbaharunya berkata, bukti tersebut diperoleh berdasarkan data meteorologi dan satelit selain transmisi terakhir komunikasi satelit yang menunjukkan bahawa kedua-dua enjin pesawat terbabit berhenti berfungsi.

Jelas ATSB, keputusan analisis juga menunjukkan tempoh penerbangan selama tujuh jam dan 38 minit yang dilalui oleh pesawat MH370 mungkin menjadi faktor pesawat itu kehabisan minyak. Pihaknya percaya enjin kanan pesawat terbabit berhenti terlebih dahulu sebelum disusuli enjin di sebelah kiri.

Selain itu, ATSB berkata, bukti yang menunjukkan kedua-dua enjin pesawat Boeing 777-200 itu tidak selari dengan senario (krew atau penumpang) sengaja mengawal pesawat terbabit sebelum membiarkannya terhempas dengan sengaja.

----Sumber Dari Utusan Malaysia

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China