Cari:
Utusan Khas China Lawat Myanmar
2015-12-06 16:17:57 CRI Cetak

Utusan khas, Naib Menteri Luar China Liu Zhenmin mengadakan lawatan ke Myanmar pada 3 hingga 5 Disember lalu, dan telah bertemu secara berasingan dengan Presiden Myanmar, U Thein Sein, Pengerusi Liga Kebangsaan bagi Demokrasi(NLD) Myanmar, Aung San Su Kyi, Speaker Parlimen, Thura Shwe Mann, Panglima Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing.

Liu Zhenmin berkata, pilihan raya Myanmar dijalankan dengan berjaya dan lancar. NLD memenangi kerusi majoriti. China menyatakan penghargaan terhadap usaha bersama pelbagai golongan parti dan pelbagai kalangan masyarakat untuk menjamin kejayaan pilihan raya kali ini dan mengucapkan tahniah kepada parti yang mendapat kemenangan. Sebagai negara jiran, China sentiasa menghormati dan menyokong rakyat Myanmar memilih jalan pembangunan yang bersesuaian dengan keadaan negara sendiri dan berharap pelbagai golongan parti Myanmar bersatu padu untuk mewujudkan kestabilan dan keharmonian masyarakat serta pembangunan ekonomi.

Beliau menambah, China bersedia memperkasakan kerjasama dengan Myanmar dalam pelbagai bidang, memperkukuh perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi bagi memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Pemimpin kerajaan, pelbagai parti, parlimen dan tentera Myanmar mengucapkan alu-aluan atas lawatan utusan khas China ke Myanmar dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak China bagi mengekalkan persahabatan tradisional dan meningkatkan kerjasama pragmatik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China