Cari:
Kampus Universiti Xiamen di Selangor Mula Ambil Pelajar
2015-12-07 11:51:02 CRI Cetak

Kampus cawangan Universiti Xiamen, China di Malaysia, yang mula mengambil pelajar pada bulan Disember ini, akan beroperasi secara rasmi pada 22 Februari tahun depan.

Demikian dinyatakan oleh pengarah Universiti Xiamen Kampus Malaysia (XMUMC), Wang Ruifang di Sepang, Selangor baru-baru ini.

Kata beliau, XMUMC dijangka menerima seramai 500 orang pelajar pada tahun 2016. Jumlah pelajar dijangka menceceah 5,000 orang pada tahun 2022.

Tambah beliau, 1/3 daripada pensyarah yang akan berkhidmat di kampus universiti itu di Selangor ialah profesor yang berprestasi tinggi, dan 80% daripada semua pensyarah di sana mempunyai ijazah PhD.

XMUMC akan menawarkan kuliah bagi program sarjana muda, sarjana dan PhD. Ijazah berkenaan diiktiraf oleh kerajaan China dan Malaysia.

  

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China