Cari:
Indonesia, Thailand, Malaysia Tubuh Bursa Komoditi Getah
2015-12-08 15:16:37 CRI Cetak

Indonesia, Thailand dan Malaysia bersepakat untuk menubuhkan bursa komoditi getah serantau selewat-lewatnya pada bulan Jun tahun depan, bagi menyempurnakan mekanisme penetapan harga getah dan meningkatkan ketelusan dalam urus niaga berkenaan.

Persepakatan itu dicapai dalam Mesyuarat Peringkat Menteri Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) 2015 yang diadakan di Jakarta baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Indonesia, Thomas Lembong selepas mesyuarat itu berkata, jumlah pengeluaran getah oleh Indonesia, Thailand dan Malaysia mewakili 67% dalam pasaran getah global. Penubuhan bursa itu akan menjadikan penentuan harga getah oleh ketiga-tiga negara itu lebih telus, sekali gus menyediakan iklim persaingan yang baik di pasaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China