Cari:
China Kesal Kerahan Pesawat Pengintip AS ke Singapura
2015-12-09 12:18:43 CRI Cetak

Beijing menuding jari menyalahkan Pentagon berhubung kerahan pesawat pengintip milik Amerika Syarikat (AS) P-8 Poseidon ke Singapura sebagai tindak balas terbaharu terhadap China berhubung isu tuntutan bertindih kawasan perairan Laut China Selatan.

Kritikan itu dinyatakan menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam.

Hua mengecam tindakan ketenteraan AS tersebut mencemari kepentingan bersama negara-negara terbabit di rantau itu buat jangka panjang. Beliau mengingatkan AS supaya bertindak secara pragmatik untuk meningkatkan rasa saling percaya antara negara-negara berkenaan, sekali gus menjaga kedamaian dan pembangunan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China