Cari:
Konsert Persahabatan China-ASEAN 2015 Diadakan di Beijing pada 16 Disember
2015-12-14 11:16:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Konsert Persahabatan China-ASEAN 2015 akan diadakan di Beijing pada 16 Disember nanti. Konsert yang bertemakan "Bersama-sama menyanyi lagu persahabtan" ini bertujuan untuk mempererat persefahaman antara rakyat China dan ASEAN, di samping menyebarkan suara persahabatan yang harmoni di rantau ini.

Konsert tersebut dianjurkan bersama oleh Radio Antarabangsa China (CRI), Jabatan Akhbar dan Penerbitan, Radio dan Televisyen Guangxi serta media-media daripada sepuluh negara anggota ASEAN. Pihak-pihak kerjasama aktiviti kali ini merangkumi Radio Televisyen Malaysia (RTM), Radio Televisyen Brunei (RTB), akhbar Lianhe Zaobao Singapura dan Televisyen Indonesia (TVRI).

Sepuluh orang penyanyi daripada ASEAN dan penyanyi daripada China akan bersama-sama membuat persembahan dalam konsert kali ini. Penyanyi Malaysia, Asmidar Ahmad, penyanyi Brunei Darussalam, Sri Nazrina, penyanyi Singapura, Tay Kewei dan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari serta penyanyi yang lain akan menyanyi lagu negara masing-masing. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China