Laos mulai mengeksport beras ke China. Majlis pelancaran program itu diadakan di provinsi Savannakhet, selatan Laos pada minggu lalu.
Menteri Pertanian Laos, Phet Phomphiphak menyatakan bahawa program tersebut menggambarkan Laos dan China adalah jiran yang baik dan sahabat yang sejati. Menurut beliau, pihaknya akan memberi sokongan kepada pengeksportan lebih banyak beras ke China, meningkatkan kualiti hasil pertanian Laos, sekali gus meningkatkan pendapatan kaum tani Laos. Loas juga akan memperluas keluasan kawasan tanaman pertanian, di samping berharap lebih banyak perjanjian perdagangan yang melibatkan hasil pertanian ditandatangani dengan China agar mengeksport beras, buah-buahan dan sayur-sayuran ke China.