Cari:
Seminar Teknologi HSR China-Malaysia di Kuala Lumpur
2015-12-15 10:53:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Seminar Teknologi Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) China-Malaysia yang bertemakan "Galakkan kemudahan perjalanan meneruskan pembangunan mampan" telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 14 Disember lalu.

Dalam seminar kali ini, pakar-pakar dari China telah menjelaskan pencapaian teknologi HSR dan idea tentang teknologi HSR Malaysia-Singapura. Pakar-pakar dari Malaysia pula berkongsi rancangan inovasi pembangunan HSR Malaysia dan kemajuan dalam sistem Transit Alir­an Ringan (LRT) negaranya.

Ketua Jurutera Syarikat Kereta Api China dalam ucapannya menyatakan bahawa kerajaan China amat mengutamakan pembinaan dan pembangunan HSR. Teknologi HSR China yang canggih dan selamat telah memasuki pencapaian tertinggi di dunia.

Seminar ini akan lebih memperdalam persefahaman mengenai teknologi HSR antara China dengan Malaysia dan memperkukuh hubungan persahabatan dalam sistem pengangkutan kedua-dua negara demi mempererat konsensus kerjasama HSR dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China