Cari:
Penyanyi ASEAN Tiba di Beijing sempena Konsert Persahabatan China-ASEAN 2015
2015-12-15 11:19:13 CRI Cetak
Penyanyi dari sepuluh negara anggota ASEAN yang menyertai Konsert Persahabatan China-ASEAN 2015 yang bakal diadakan di Beijing pada 16 Disember nanti telah tiba di Beijing pada 13 dan 14 Disember lalu untuk membuat raptai.

Asmidar Ahmad, penyanyi Malaysia akan menyampaikan lagu tradisional yang popular di Malaysia, Wau Bulan. Sri Nazrina, penyanyi Brunei Darussalam akan mempersembahkan lagu Anak Durhaka. Penyanyi Singapura, Tay Kewei, yang pernah menjadi penyanyi pengiring kepada beberapa artis terkenal seperti A Mei, David Zee Tao, Leehom Wang dan JJ Lin sejak tahun 2005 akan menyanyikan lagu Home. Bunga Citra Lestari, penyanyi Indonesia yang merupakan selebriti dalam bidang perfileman, drama dan muzik pula akan menyanyikan lagu True Love.

Konsert Persahabatan China-ASEAN 2015 akan disiarkan melalui saluran multimedia dalam pelbagai bahasa, Televisyen Satelit Guangxi dan media-media kerjasama daripada sepuluh negara anggota ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China