Cari:
Forum Pembangunan ASEAN Komited dalam Pembinaan Platform Kerjasama Rantau
2015-12-15 12:17:48 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Forum Pembangunan ASEAN ke-2 yang bertemakan "Galakkan kesalinghubungan dengan pertukaran dalam kalangan rakyat, industri dan rantau" telah diadakan di Hong Kong pada 14 Disember lalu.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Leung Chun Ying dalam ucapannya berkata, Hong Kong dan ASEAN sedang mengadakan rundingan berhubung dengan perjanjian perdagangan bebas yang akan dimeterai pada tahun depan. Oleh itu, Hong Kong dijangka memainkan peranan yang lebih besar dalam menggerakkan kerjasama antara Tanah Besar China dengan ASEAN.

Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu pula menyatakan bahawa hubungan kesalinghubungan yang semakin erat dan kerjasama kapasiti pengeluaran yang terus diperluas antara China dengan ASEAN akan membawa peluang pembangunan baharu kepada Hong Kong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China