Cari:
Menteri Luar Filipina Perlu Bertanggungjawab Atas Kerumitan Isu Laut China Selatan
2015-12-15 16:11:30 CRI Cetak

Akhbar Harian Renminribao China menyiarkan ulasan semalam mengenai kes timbang tara yang didakwa Filipina mengenai Laut China Selatan.

Menurut ulasan itu, sejak tahun 1970-an, Filipina telah menduduki beberapa pulau dan terumbu di Laut China Selatan serta membuat tuntutan terhadap wilayah China yang menjadi punca pertikaian antara China dengan Filipina. Oleh sebab konvensyen antarabangsa yang melibatkan wilayah Filipina atau Perlembagaan Filipina telah diwartakan sebelum tahun 1997, maka pulau dan terumbu kepulauan Nansha serta Pulau Huangyan tidak dimasukkan dalam peta Filipina.

Ulasan tersebut juga menyatakan bahawa Albert del Rosario sebagai Menteri Luar Filipina berulang kali mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas, tidak mempedulikan keikhlasan China serta sering menggembar-gemburkan isu Laut China Selatan di arena antarabangsa.

Beliau perlu bertanggungjawab atas kemunculan suara yang tidak memberikan faedah kepada kedamaian dan keharmonian Laut China Selatan.

China menggesa Filipina bersikap pragmatik dan bertanggungjawab, mematuhi perjanjian dua hala China-Filipina dan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DOC) dan menyelesaikan pertikaian berkenaan melalui rundingan dua hala demi memelihara keamanan dan kemakmuran di kawasan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China