Cari:
Malaysia Mainkan Peranan Utama dalam Inisiatif Laluan Sutera Maritim
2015-12-16 11:12:48 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Malaysia akan memainkan peranan utama dalam pelaksanaan inisiatif Laluan Sutera Maritim (MSR).

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam forum mengenai 'Meningkatkan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-20 Melalui Malaysia' yang diadakan di Shah Alam, Selangor pada 15 Disember lalu.

Liow berkata, peranan utama yang dimainkan oleh Malaysia dalam inisiatif MSR berikutan kelebihan lokasi geografi negara itu. Pengangkutan pelabuhan dan industri maritim merupakan dua penjana utama pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Tambah beliau lagi,Pelabuhan Kelang yang merupakan pelabuhan terpenting di Malaysia telah mempunyai hubungan pelabuhan berkembar dengan pelabuhan China di bandar Ningbo, Dalian, Shanghai, Guangzhou, Xiamen, Fuzhou, Beibu, Taicang, Shenzhen dan Hainan.

Beliau berharap agar 16 buah pelabuhan yang lain akan membuat susulan kepada memorandum persefahaman (MoU) dengan pelan tindakan yang sesuai untuk melaksana pelbagai aspek MoU dan mendapat manfaat daripada MSR itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China