Cari:
Indeks Mata Wang China-ASEAN Diumumkan
2015-12-16 11:58:25 CRI Cetak

Indeks mata wang (Nanning) China-ASEAN, iaitu indeks kadar pertukaran mata wang RMB di kawasan ASEAN telah diumumkan buat pertama kali oleh Institusi Penyelidikan Indeks Pusat Maklumat Kewangan Negara China bersama-sama kerajaan bandar Nanning Guangxi China semalam.

Menurut indeks tersebut, sejak 19 Ogos 2010 hingga sekarang, nilai mata wang RMB berbanding dengan mata wang negara ASEAN semakin meningkat, bahkan kadar kenaikan itu lebih cepat berbanding dengan kadar kenaikan USD dan mata wang negara ASEAN yang lain.

Sebagai indeks komprehensif yang pertama yang menggambarkan keseluruhan perubahan kadar pertukaran mata wang RMB dengan mata wang negara ASEAN, pengumuman tersebut akan menyediakan maklumat pertukaran mata wang yang berkesan kepada perdagangan bebas China-ASEAN, berfaedah kepada kerjasama mata wang serantau antara China dengan negara ASEAN serta meningkatkan kerjasama kewangan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China