Cari:
FTA Korea Selatan-Vietnam Berkuat Kuasa 20 Disember
2015-12-17 11:44:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Korea Selatan dengan Vietnam akan berkuat kuasa pada 20 Disember ini.

Demikian dinyatakan oleh Kementerian Industri, Perdagangan dan Tenaga Korea Selatan semalam.

Korea Selatan dan Vietnam memulakan rundingan FTA pada bulan September 2012. FTA tersebut telah dicapai pada bulan Disember 2014 selepas mengadakan rundingan sebanyak sembilan pusingan. FTA ini dimeterai secara rasmi oleh kedua-dua pihak pada 5 Mei 2015.

FTA Korea Selatan-Vietnam yang bakal berkuat kuasa pada tahun ini menyaksikan penurunan tarif buat pertama kali dan akan mengurangkan tarif buat kali kedua antara kedua-dua negara pada 1 Januari 2016.

FTA tersebut meliputi pelbagai sektor dan komoditi antaranya termasuklah tekstil, komponen kenderaan, barangan elektrik kegunaan rumah, kosmetik, kewangan, pembinaan dan perancangan bandar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China