Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China semalam mengumumkan akan menawarkan biasiswa "Jalur dan Laluan" (B&R) kepada mahasiswa Indonesia bagi sesi pengajian 2016 dan 2017 untuk menarik mahasiswa Indonesia yang cemerlang ke Hong Kong bagi menyambung pengajian di peringkat universiti.
Menurut jabatan penerangan kerajaan Hong Kong, Jabatan Pendidikan Hong Kong dan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama pendidikan di Jakarta bagi meningkatkan kerjasama pendidikan antara kedua-dua pihak. Selepas majlis penandatanganan tersebut, kerajaan Hong Kong telah mengumumkan penawaran biasiswa itu.
Menurut MoU tersebut, Hong Kong setiap tahun akan menawarkan biasiswa kepada sepuluh mahasiswa Indonesia yang mengikuti pengajian di peringkat universiti di Hong Kong dengan perbelanjaan kerajaan. Setiap mahasiswa akan menerima biasiswa sebanyak HKD 120 ribu setahun.