Cari:
Malaysia Umum Sertai Pakatan Tentera 34 Negara Islam Perangi Keganasan
2015-12-18 10:59:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Malaysia telah menyertai pakatan pasukan tentera 34 negara Islam yang diketuai oleh Arab Saudi untuk bersama-sama memerangi keganasan.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan demikian di Kuala Lumpur semalam.

Hishammuddin berkata, model kerjasama pasukan tentera 34 negara Islam sejajar dengan kerjasama antikeganasan sepuluh negara anggota ASEAN. Oleh itu, usaha untuk memerangi keganasan bukan perkara yang sukar. Beliau akan mengadakan lawatan ke Arab Saudi pada bulan Januari tahun depan dan akan mengetuai pemimpin ASEAN untuk menghadiri mesyuarat berhubung dengan hal ehwal pakatan pasukan tentera 34 negara Islam.

Beliau berkata, Malaysia sentiasa bekerjasama dengan negara-negara lain dalam memerangi keganasan. Malaysia telah mencapai konsensus dengan negara anggota ASEAN yang lain tentang isu antikeganasan dalam Mesyuarat Menteri Pertahanan Negara ASEAN yang diadakan pada bulan Mac tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China