Cari:
 Menteri Kaunselor Malaysia Sanjung Tinggi Konsert Persahabatan China-ASEAN 2015
2015-12-18 14:59:30 CRI Cetak

Menteri Kaunselor Kedutaan Besar Malaysia ke China, Norzuhdy Mohammad Nordin menyanjung tinggi Konsert Persahabatan China-ASEAN 2015  dan berpendapat bahawa konsert kali ini amat berhasil.

Setelah menghadiri Konsert Persahabatan China-ASEAN 2015 yang dianjurkan bersama oleh Radio Antarabangsa China (CRI), Jabatan Akhbar dan Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyen Guangxi serta media-media daripada sepuluh negara anggota ASEAN di Beijing pada malam 16 Disember lalu, Norzuhdy berkata, acara macam ini perlu diadakan lebih kerap untuk merapatkan lagi hubungan di antara gagasan ASEAN dan China. Ini satu permulaan dan mungkin ada lagi peluang dibuat di negara-negara ASEAN pada masa depan. China  mungkin boleh pergi ke Malaysia ataupun Thailand dan juga Singapura untuk mengadakan konsert yang sama. Konsepnya adalah untuk menyatupadukan penduduk-penduduk ASEAN dengan China.

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China