Cari:
Presiden CRI Bertemu dengan Wakil Penganjur Bersama Konsert Persahabatan China-ASEAN 2015
2015-12-17 11:51:39 CRI Cetak

Presiden Radio Antarabangsa China (CRI), Wang Gengnian telah menemui wakil penganjur bersama Konsert Persahabatan China-ASEAN 2015 dari dalam dan luar China di Beijing kelmarin. Naib Presiden CRI, Hu Bangsheng, Ketua Jabatan Akhbar dan Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyen Guangxi, Peng Gang, Pengarah Pusat Asia Tenggara CRI, An Xiaoyu dan wakil media negara ASEAN telah menghadiri pertemuan itu.

Wang Gengnian menyampaikan kata alu-aluan kepada para tetamu dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas usaha pelbagai pihak dalam menjayakan konsert tersebut.

Beliau menyatakan bahawa sebagai media peringkat kebangsaan, CRI memancarkan siaran dalam 65 jenis bahasa ke seluruh dunia sehinggga CRI menjadi kumpulan media yang mempunyai saluran siaran bahasa terbanyak di dunia. Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pantas, CRI juga berkembang daripada medium radio kepada media yang melibatkan radio, televisyen, laman web, surat khabar dan majalah. Sejak CRI ditubuhkan kira-kira 70 tahun yang lalu, CRI sentiasa komited dalam meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat pelbagai negara serta menggalakkan pembangunan bersama dengan pelbagai negara.

Wang Gengnian menyatakan bahawa China dan negara-negara ASEAN adalah jiran dan rakan yang akrab, pertukaran dan kerjasama media antara kedua-dua pihak semakin erat. Berdasarkan inisiatif "Jalur dan Laluan", CRI bersedia untuk memperluas jaringan kerjasama dengan media negara ASEAN dalam bidang laporan dan penyiaran, penyediaan program, multimedia serta pertukaran dan latihan kakitangan.

Presiden Stesyen TV Negara Kemboja yang mewakili media negara-negara ASEAN menyatakan bahawa beliau sama sekali bersetuju dengan cadangan kerjasama yang dikemukakan Wang Gengnian itu. Beliau berharap agar badan media kedua-dua pihak dapat mengeratkan pertukaran dan kerjasama agar memberikan sumbangan demi perkembangan hubungan China-ASEAN.

Konsert Persahabatan China-ASEAN 2015 yang dianjurkan bersama oleh Radio Antarabangsa China (CRI), Jabatan Akhbar dan Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyen Guangxi serta media-media daripada sepuluh negara anggota ASEAN telah diadakan di Beijing pada 16 Disember lalu. Para penyanyi daripada sepuluh negara ASEAN bersama-sama dengan penyanyi China telah membuat persembahan dalam konsert tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China