Cari:
Malaysia Undang Syarikat China Bincang Projek HSR
2015-12-18 16:48:12 CRI Cetak

Projek pembinaan landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Singapura dengan Malaysia akan memasuki peringkat membuka tender. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah mengundang 14 buah syarikat negara asing termasuk syarikat China untuk menyertai perbincangan berkenaan.

Menurut laporan akhbar Lianhe Zaobao pada 15 Disember lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Malaysia, Tan Sri Syed Hamid Albar baru-baru ini menyatakan bahawa pihaknya dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura telah meminta pendapat pasaran dengan mengeluarkan borang pendapat dan telah menerima respons daripada lebih 200 syarikat yang berhasrat untuk mengambil bahagian dalam projek tersebut.

Antaranya, syarikat China telah menyatakan kesungguhan terhadap projek itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China