Cari:
Kebakaran Kereta Bukan Serangan Pengganas
2015-12-22 13:52:28 CRI Cetak

Enam buah kereta musnah dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat di kawasan letak kende­raan berdekatan dengan ste­sen transit aliran ringan (LRT) Taman Jaya dan kompleks beli-belah Amcorp Mall di Selangor tengah hari semalam.

Kejadian tersebut telah mencetuskan ke­gusaran dalam ka­langan pengguna media sosial kerana menyangka kumpulan militan Negara Islam (IS) telah melancarkan serangan pengganas di Malaysia.

Bagaimanapun, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan pada petang itu telah menolak kemungkinan serangan pengganas.

Setakat ini, insiden tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemala­ngan jiwa.

PDRM mensyaki terdapat individu yang sengaja membakar kereta dan tidak menemukan bom di lokasi kejadian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China