Cari:
China Tolak Penyelesaian Pertikaian Pihak Ketiga
2015-12-22 15:33:00 CRI Cetak

China tidak menerima dan tidak menyertai kes timbang tara berhubung isu Laut China Selatan yang dibangkitkan secara sepihak oleh Filipina.

China juga tidak menerima sebarang penyelesaian oleh pihak ketiga dalam isu kedaulatan wilayah dan persempadanan maritim.

Demikian ditegaskan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam.

Hong menyatakan bahawa Filipina mengabaikan fakta sejarah, undang-undang antarabangsa dan keadilan antarabangsa serta berniat untuk menafikan kedaulatan China terhadap pulau-pulau di Laut China Selatan, sekali gus menafikan kuatkuasa Pengisytiharan Kaherah dan Pengumuman Potsdam.

Hal ini membuktikan pertikaian isu Laut China Selatan antara China dengan Filipina hakikatnya adalah pertikaian wilayah.

Oleh itu, tribunal timbang tara sama sekali tidak mempunyai kuasa terhadap penyelesaian isu tersebut.

Kes timbang tara itu merupakan provokasi politik berdasarkan undang-undang yang bukan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian, tetapi berniat untuk menafikan kedaulatan dan kepentingan China di Laut China Selatan.

China menggesa Filipina melepaskan bayang-bayangnya dan kembali ke jalan yang benar demi menyelesaikan pertikaian melalui rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China