Cari:
Forum Kerjasama Industri Kapal Persiaran China-ASEAN
2015-12-23 15:20:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Forum Kerjasama Industri Kapal Persiaran China-ASEAN diadakan di Xiamen, provinsi Fujian, China pada minggu lalu.

Para perwakilan bertukar-tukar pendapat tentang usaha memajukan industri kapal persiaran demi situasi menang-menang serta peluang pembangunan yang dibawa oleh Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 untuk industri berkenaan.

Pegawai dari biro pelancongan, pengangkutan, maritim, para diplomat, sarjana dan wakil-wakil syarikat kapal persiaran menghadiri forum tersebut.

Pengarah Jabatan Pendidikan, Kebudayaan dan Pelancongan, Pusat China-ASEAN, Rong Shunan dalam ucapannya pada forum tersebut berkata, industri kapal persiaran di China dan negara-negara ASEAN semakin berkembang pesat, yang turut membantu mengukuhkan sektor-sektor lain.

China dan ASEAN perlu lebih mementingkan kerjasama pelabuhan dan penerokaan pasaran pelancongan maritim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China