Cari:
Perkhidmatan Tren Ulang-Alik Thailand-Malaysia Dilancarkan
2015-12-24 14:43:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Lt Kol (B) Sarbini Tijan (kanan) memberi penerangan kepada Gabenor Keretapi Thailand, Wuthichart Kalyanamitra (kiri) semasa menaiki Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) dari Stesen KTMB Padang Besar menuju ke Stesen KTMB Alor Setar selepas Majlis Perasmian Perkhidmatan Tren Shuttle Diesel Rail Car (DRC) Padang Besar (Malaysia) - Hatyai (Thailand). (gambar Bernama)

Perkhidmatan tren ulang-alik antara Hat Yai, wilayah Songkhla, Thailand dengan Padang Besar, Perlis Malaysia dilancarkan baru-baru ini.

Perkhidmatan tersebut menyediakan kemudahan kepada pengguna kereta api yang sering berulang-alik antara kedua-dua tempat tersebut dan para pelancong.

Perkhidmatan baharu ini adalah inisiatif bersepadu Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi Jabatan Antarabandar dan Kargo serta State Railway of Thailand (SRT) dalam usaha memperkasakan sosioekonomi selain sebagai penggalak kepada industri pelancongan kedua-dua negara.

Perkhidmatan tren dengan kapasiti 168 penumpang itu beroperasi dua kali sehari bermula pukul 7.30 pagi waktu Thailand dari Stesen Keretapi Hat Yai dan mengambil masa kira-kira 55 minit untuk tiba di Stesen Keretapi Padang Besar Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China