Cari:
Malaysia: Tiada Risikan mengenai Serangan Keganasan Sempena Hari Krismas
2015-12-25 11:29:31 Agensi Berita China Cetak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang maklumat risikan mengenai serangan keganasan yang didakwa berlaku sempena Hari Krismas.

Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian di Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa terdapat sebahagian aktiviti perayaan Hari Krismas terpaksa dibatalkan berikutan kebimbangan mengenai serangan keganasan yang berkemungkinan berlaku di negeri Melaka.

Dalam pada itu, Khalid menyeru rakyat Malaysia agar tidak mempercayai khabar angin tersebut.

Beliau memberi amaran bahawa pihak PDRM akan menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana individu yang menyebarkan khabar angin berkenaan.

Khalid ketika mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Krismas" melalui akaun Twitter beliau semalam berkata, PDRM akan terus memastikan keselamatan rakyat sempena Hari Krismas dan Tahun Baharu yang akan datang seperti biasa, dan tidak bercadang untuk menambah bilangan anggota polis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China