Cari:
Loji Janakuasa Hidroelektrik Da Dai Kemboja Mula Beroperasi
2015-12-25 15:22:32 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Loji Janakuasa Hidroelektrik Da Dai Kemboja yang dibina oleh Syarikat Jentera Berat Kebangsaan China (CHMC), subsidiari Syarikat Industri Jentera Kebangsaan China (SINOMACH) telah memulakan operasi menjana kuasa elektrik baru-baru ini.

Loji yang terletak di Sungai Da Dai, wilayah Koh Kong Kemboja itu mampu menghasilkan kapasiti sehingga 246 Megawatt (MW), termasuk 3 set penjana hidroelektrik dengan kapasiti 82 MW.

Purata tahunan penjanaan kuasa elektrik loji tersebut mencecah 858 juta kilowatt. 

Loji yang dibina menggunakan kaedah Bina-Kendali-Pindah (BOT) ini merupakan loji janakuasa hidroelekterik keenam yang dibina oleh syarikat China di Kemboja dan turut berperanan untuk menyokong Grid Kebangsaan Kemboja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China