Cari:
AIIB Beroperasi pada Januari 2016
2015-12-26 15:31:43 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) telah ditubuhkan secara rasmi pada 25 Disember lalu.

Pada hari yang sama, Menteri Kewangan China, Lou Jiwei mengumumkan bahawa perjanjian AIIB berkuat kuasa secara rasmi.

Lou berkata, penubuhan AIIB secara rasmi tersebut merupakan peristiwa penting yang bersejarah dalam proses reformasi sistem tadbir urus ekonomi antarabangsa. Hal ini menandakan kedudukan AIIB sebagai satu bank pembangunan multilateral ditetapkan secara rasmi di sisi undang-undang.

Majlis Pembukaan AIIB sempena Mesyuarat Perasmian Lembaga Pengarah dijadualkan pada 16 hingga 18 Januari tahun 2016.

Gabenor AIIB dan pelbagai ketua pengarah akan dipilih dalam mesyuarat perasmian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China