Cari:
Sembilan Maut Serangan BIFF di Selatan Filipina
2015-12-27 14:36:08 CRI Cetak

Sembilan orang awam terkorban dalam dua sera­ngan yang dilancarkan oleh kumpulan pemisah Barisan Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) menjelang sambutan Krismas di selatan Filipina, lapor pegawai semalam, menggambarkan wilayah selatan negara itu masih bergolak walaupun proses damai mencapai perkembangan yang baik.

Tentera kerajaan berjaya membunuh empat orang anggota pemisah berkenaan selepas mereka menyerang sebuah bandar pertanian di wilayah Sultan Kudarat, selatan pulau Mindanao, kelmarin.

Ketua perunding Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Mi­riam Ferrer berkata, tujuh orang petani mati selepas ditembak dari jarak dekat ketika sedang bekerja di sawah padi, manakala dua penduduk awam maut selepas bom tangan dilemparkan di sebuah gereja berhampiran wilayah North Cotabato.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China