Cari:
Kesedihan Iringi Sambutan 
Ulang Tahun Tsunami ke-11
2015-12-27 14:37:55 CRI Cetak

(Ahli keluarga mangsa korban bencana tsunami melihat nama yang tertera di batu nisan sempena memperingati ulang tahun ke-11 tragedi berkenaan di Ulee Lheue, daerah Meuraxa, Banda Aceh, semalam)

Penduduk Aceh, Indonesia dan selatan Thailand semalam mengadakan beberapa acara termasuk majlis keagamaan bagi memperingati ulang tahun ke-11 bencana tsunami yang menyaksikan lebih 200,000 orang terkorban.

Di Aceh, penduduknya berkumpul dipusat bandar bagi mengadakan beberapa upacara agama bagi memperingati 165,000 orang yang terbunuh dalam bencana alam tersebut di wilayah berkenaan.

Gabenor Aceh, Zaini Abdullah mengetuai pegawai-pegawai kerajaan memulakan majlis peringatan dengan melawat kubur-kubur mangsa tsunami sebelum menghadiri majlis tahlil di masjid di pusat bandar wilayah tersebut.

Dalam perkembangan sama, majlis peringatan di selatan Thailand diadakan di Batu Peringatan Kamala, Dinding Memorial Mai Khao, Dewan Bandar Phuket dan pantai Patong di selatan pulau Phuket.

Lebih 5,300 penduduk di beberapa buah kawasan sepanjang pantai barat Thailand terkorban dalam tragedi yang berlaku pada 2004 tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China