Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi Parti Komunis China, Peng Qinghua semalam berkata, Guangxi akan mempergiat kerjasama dengan ASEAN yang termasuk Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou dan Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan, zon kerjasama ekonomi rentas sempadan China-Vietnam dan zon kerjasama pelancongan antarabangsa Detian dan Ban Gioc China-Vietnam.
Pada bulan Januari hingga November tahun ini, jumlah import dan eksport Guangxi mencatat RMB 284.64 bilion (RM188.29 bilion), meningkat 12.9 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.