AirAsia Indonesia hari ini mengadakan majlis memperingati ulang tahun pertama nahas pesawat QZ8501 hari ini yang terhempas di Laut Jawa, tahun lalu.
Laman web Jakarta Globe memetik Pengarah AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko berkata, majlis tersebut yang berlangsung di Balai Polis Jawa Timur diadakan secara tertutup bagi menghormati anggota keluarga mangsa.
Di laman sosial Facebook AirAsia Indonesia and AirAsia kelihatan sekeping gambar dimuat naik pagi ini yang tertera perkataan "#Sentiasa Diingati" dengan keterangan gambar "Di dalam hati kami".
Dalam nahas yang berlaku pada 28 Disember tahun lalu itu, pesawat Airbus 329 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura terhempas di Laut Jawa kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan dan menyebabkan semua 162 penumpang dan anak kapalnya terkorban.