Kastam China mengadakan sidang media tentang projek rintis AEO China-Singapura di Nanjing baru-baru ini dan berjaya menarik penyertaan lebih 200 syarikat tempatan.
Menurut Kastam China, kredit yang baik dapat membantu sesebuah syarikat memperoleh "kad hijau" AEO dan menjimatkan masa hingga 60 peratus dalam menyelesaikan urusan barangan eksport di Kastam Singapura.
Usaha ini dapat mengurangkan kos dan meningkatkan daya saing perdagangan antarabangsa.
AEO yang bermaksud "Pengusaha Ekonomi yang Disahkan" dianjurkan oleh Pertubuhan Kastam Dunia.
Syarikat yang menyertai AEO bakal memperoleh kemudahan akses di kastam negara sendiri atau negara-negara lain yang melaksanakan AEO.