Syarikat Penerbangan Antarabangsa Myanmar membuka laluan baharu iaitu Yangon-Mandalay-Kunming pada 25 Disember lalu.
Difahamkan, laluan penerbangan ini dikendalikan tiga kali seminggu, iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.
Penerbangan akan berlepas dari Yangon pada pukul 8.00 pagi waktu tempatan, tiba di Mandelay pada pukul 9.10 pagi, berlepas dari Mandalay pada pukul 10.10 pagi dan tiba di Kunming pada pukul 12.55 tengah hari waktu Beijing.