Cari:
Filipina: Kerajaan Digesa Berundingan dengan Jepun tentang Isu Hamba Seks
2015-12-31 15:35:08 CRI Cetak

Anggota Parlimen Filipina menggesa kerajaan mengadakan rundingan dengan Jepun bagi menyelesaikan isu hamba seks pada 30 Disember lalu dan menuntut kerajaan Jepun meminta maaf serta memberikan pampasan kepada hamba seks Filipina dalam Perang Dunia II.

Senator Filipina menggesa kerajaan mencontohi kerajaan Korea Selatan dalam usaha mencari jalan penyelesaian tentang isu hamba seks.

Menurut beliau, perjanjian penyelesaian perlu merangkumi "permohonan maaf dan pampasan" dan Jepun patut memberikan pampasan sekurang-kurang 1 bilion peso (RM 90.99 juta) kepada mangsa hamba seks Filipina dan berjanji tidak akan mencetuskan peperangan lagi.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China