Cari:
Ringgit Malaysia Dijangka Rendah Minggu Depan
2016-01-03 15:36:38 CRI Cetak

Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan unjuran harga komoditi lebih rendah, kata peniaga.

Menurut peniaga, penurunan harga minyak mentah global itu turut menjejaskan mata wang negara yang bergantung kepada komoditi seperti Malaysia.

Pada Rabu lepas, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, susut lebih tiga peratus yang menghampiri paras terendah dalam 11 tahun, selepas data menunjukkan peningkatan dalam bekalan minyak mentah AS.

Ini menyebabkan dolar Amerika diniagakan rendah dan turut mempengaruhi mata wang negara sedang pesat membangun lain, termasuk ringgit.

-- BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China